NOTA ROTI

RAMUAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT ROTI

1. Tepung Roti – Bread Flour
- Merujuk kepada tepung berprotein tinggi yang digunakan untuk membuat roti

2. Tepung – Plain Flour
- Merujuk kepada tepung serbaguna dan digunakan untuk membuat pastry dan kek, dicampurkan dengan tepung roti, ia diguna untuk membuat roti

3. Emulsi Roti – Bread Emulsifer
- Ia membuat roti lebih lembut dan lebih bertahan lama. Ia juga boleh digunakan untuk memaniskan doh ban dengan menambah 1 sudu ke atasnya

4. Yis – Yeast
- Ia digunakan untuk menaikkan adunan roti

5. Susu – Milk
- Menambah perasa dan khasiat di dalam roti

6. Susu tepung – Milk Powder
- Menambah perasa dan warna roti. Ia juga mempertingkatkan nilai khasiat roti.

7. Gula – Sugar
- Ia membuat roti lembut dan mewarnakan kerak roti.
- Jika lebih gula digunakan, kerak roti menjadi lebih gelap warnanya. Boleh menggunakan gula halus, madu, atau sirap gula

8. Garam – Salt
- Memperbaiki dan menambah perasa bahan-bahan ramuan lain

9. Peningkat roti – Bread Improver
- Ia mempertingkatkan khasiat yis dan menambah kepadatan roti.
- Jika anda suka, anda boleh menambahkan ½ sudu ke atas doh ban.

10. Mentega – Butter
- Ia dibuat daripada susu dan ini membuat roti lebih lembut dan menyelera.

11. Marjerin – Margarine
- Ia dibuat daripada lemak sayuran. Ini boleh diguna untuk menggantikan mentega. dan shortening
 
12. Lelemak Sayuran –Shortening
- Ia dibuat daripada lemak sayuran yang mengandungi 99 % lemak. Ia sering diguna dalam membuat roti dan menggoreng.
 
13. Pastri Marjerin – Margarine Pastry
- Diguna untuk membuat croissant dan pastry Danish.
- Ia di adun ke dalam doh semasa proses mengembang dan akan menghasilkan lapisan.

14. Rempah –Spices
- Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala, biji jintan, dan sebagainya.
- Kesemua digunakan untuk menambah perasa kepada roti

15. Kismis – Raisins
- Rendam dalam air selama 10 minit. Kemudian perahkan air yang berlebihan. Campur ke dalam doh dan uli hingga sebati.

16. Soda Bikarbonat – Sodium Bicarbonate
- Ia merupakan agen penaik

No comments: