TIP's


TIPS



1.  POTONGAN KOMODITI


-    Jika ingin membuat potongan komoditi sayur-sayuran, anda bolehlah menggunakan pembaris untuk mengukur panjang, ketebalan dan lebar potongan sesuatu sayuran bagi mendapatkan ukuran serta saiz yang tepat.

-   Setelah mengetahui saiz sebenar hasil potongan, ia akan memudahkan anda   membuat persediaan memasak.



2.  TEKNIK SKINNING


-   Sekiranya anda hendak membuang kulit ikan (skinning) selepas melakukan proses fillet, sisik ikan tidak perlu dilakuakn kerana ia akan memudahkan anda semasa mebuat proses skinning tersebut.




3.PENYEDIAAN STOK (TIPS UNTUK MENDAPATKAN STOK YANG BAIK)


(1) Celurkan sebentar tulang ayam dan ikan untuk menanggalkan kotoran sebelum menyediakan stok.

(2) Jangan gunakan air panas ketika hendak menyediakan stok, gunakan air sejuk untuk memudahkan    kotoran naik ke permukaan stok.

(3) Rebus dan reneh stok perlahan-lahan unutk memaksimumkan rasanya.

(4) Sentiasa membuangkan keladak atau kotoran yang timbul di permukaan stok.

(5) Tapis stok dengan berhati-hati bagi mengelakkan stok menjadi keruh.

(6) Sejukkan stok secepat mungkin bagi mengelakkan daripada cepat rosak dan masam.

(7) Simpan stok di dalam peti sejuk dan sekiranya ingin diguna lama, simpannya di dalam peti sejuk beku.




4.  AGEN PEMEKAT


- Gunakan roux panas untuk stok atau cecair sejuk
- 

*    Setelah memasukkan roux, hendaklah dikacau sebati bagi mengelakkan roux menjadiberketul-ketul di dalam sos atau cecair yang lain.



 
Gunakan roux sejuk bagi stok atau cecair panas                   







5.  SOS HOLLANDAISE
     
   - Di dalam penyediaan sos hollandaise anda perlu memastikan haba yang dikeluarkan oleh 
     air panas tidak terlalu panas bagi mengelakkan telur tersebut menjadi berketul-ketul.
    
   - Alihkan sebentar mangkuk adunan sekiranya haba panas terlalu tinggi

No comments: