PENGENALAN


Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Masakan Barat adalah sebahagian daripada program di dalam Pakej Program Bidang Latihan Kulinari. Lain-lain program SMK di dalam pakej program ini adalah seperti berikut:

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK)
TEMPOH PENGAJIAN
HURAIAN
Masakan Barat
4 bulan
Peserta akan didedahkan dengan teknik persediaan dan kemahiran memasak hidangan barat bermula dariHidangan Sarapan Pagi, Hidangan Pembuka Selera, Hidangan Utama dan Pencuci Mulut. Peserta akan lebih menguasai latihan Hands On melalui resepi- resepi dan teknik serta kaedah memasak yang betul yang digunapakai secara standard di industri.
Masakan Malaysia
4 bulan
Peserta akan didedahkan dengan kemahiran penyediaan hidangan masyarakat majmuk rakyat   Malaysia seperti hidangan masyarkat Melayu, Cina dan India termasuk hidangan perayan. Makanan jualan jalanan (Hawkers Food) juga akan didedahkan kepada para peserta.
Seni Sajian Dapur Sejuk
4 bulan
Peserta akan diberi latihan tentang penyediaan produk – produk yang disediakan di Cold Kitchen. Peserta akan juga diperkenalkan kepada hidangan sejuk dan panas yang tergolong di dalam hidangan pembuka selera. Teknik hiasan dan ukiran ais serta ukiran sayur serta buah buahan juga akan dipelajari didalam sijil kursus ini di samping teknik salutan gelatin dan persembahan hidangan bagi menepati kehendak semasa di industri.
Masakan Majlis Bankuasi
4 bulan
Peserta akan dideahkan dengan tugasan  atau kerja berkumpulan bagi menyediakan hidangan secara pukal dari pelbagai variasi hidangan berbentuk hidangan tradisi dan antarabangsa. Peserta akan didedahkan dengan aktiviti katering luar bagi menambahkan kemahiran dan pengalaman peserta.
Perkhidmatam Pramusaji
3 bulan
Peserta akan mempraktikkan kerja – kerja di dalam aspek operasi restoren yang menjurus kepada tugasan perkhidmatan penyajian makanan dan minuman. Mengenalpasti peralatan, menyediakan center – piece, susunatur ruang penyajian dan mengenalpasti jenis perabot serta linen yang bersesuaian.
Pastri Dan Konfeksionari
3 bulan
Peserta akan didedahkan dengan kemahiran di dalam penyediaan produk – produk pastri manis dan pedas berdasarkan resepi – resepi yang telah ditetapkan termasuk kemahiran penyediaan kuih muih tempatan. Teknik dan kemahiran yang akan dipelajari merangkumi teknik tradisional dan teknik moden atau terkini di dalam penyediaan produk selari dengan kehendak industri.


HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
  1. Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang masakan barat;
  2. Melaksanakan tugasan breakfast dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan
  3. Melaksanakan tugasan starters dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan
  4. Melaksanakan tugasan hidangan utama dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan
  5. Melaksanakan tugasan dessert dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan
  6. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
  7. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan


ARENA PEMBELAJARAN

Arena Pembelajaran
(LA)
Aktiviti Pembelajaran dan Latihan
(LnP)
LA 01 : BREAKFAST
LnP 01.01 Laksanakan Hidangan Continental Breakfast
LnP 01.02 Laksanakan Hidangan American Breakfast
LA 02 : STARTERS
LnP 02.01 Laksanakan Hidangan Sup
LnP 02.02 Laksanakan Hidangan Starter Hors D’Ouevres Panas
LnP 02.03 Laksanakan Hidangan Starter Hors D’Ouevres Sejuk
LnP 02.04 Laksanakan Hidangan Appetizer Panas
LnP 02.05 Laksanakan Hidangan Appetizer Sejuk
LA 03 : HIDANGAN UTAMA
LnP 03.01 Lasanakan Masakan Sos dan Agen Pemekat
LnP 03.02 Lasanakan Hidangan Utama Berasaskan Meat
LnP 03.03 Lasanakan Hidangan Utama Berasaskan Poultry
LnP 03.04 Lasanakan Hidangan Utama Berasaskan Fish & Seafood
LA 04 : DESSERT
LnP 04.01 Laksanakan Hidangan Dessert

No comments: