TIPS
1. POTONGAN KOMODITI
- Jika ingin membuat potongan komoditi sayur-sayuran, anda
bolehlah menggunakan pembaris untuk mengukur panjang, ketebalan dan lebar
potongan sesuatu sayuran bagi mendapatkan ukuran serta saiz yang tepat.
- Setelah mengetahui saiz sebenar hasil potongan, ia akan
memudahkan anda membuat persediaan memasak.
2. TEKNIK SKINNING
- Sekiranya anda hendak membuang kulit ikan (skinning) selepas melakukan proses fillet, sisik ikan tidak perlu dilakuakn
kerana ia akan memudahkan anda semasa mebuat proses skinning tersebut.
3.PENYEDIAAN STOK (TIPS UNTUK MENDAPATKAN STOK YANG BAIK)
(1) Celurkan sebentar tulang ayam
dan ikan untuk menanggalkan kotoran sebelum menyediakan stok.
(2) Jangan gunakan air panas
ketika hendak menyediakan stok, gunakan air sejuk untuk memudahkan kotoran naik
ke permukaan stok.
(3) Rebus dan reneh stok
perlahan-lahan unutk memaksimumkan rasanya.
(4) Sentiasa membuangkan keladak atau
kotoran yang timbul di permukaan stok.
(5) Tapis stok dengan
berhati-hati bagi mengelakkan stok menjadi keruh.
(6) Sejukkan stok secepat mungkin
bagi mengelakkan daripada cepat rosak dan masam.
(7) Simpan stok di dalam peti
sejuk dan sekiranya ingin diguna lama, simpannya di dalam peti sejuk beku.
4. AGEN PEMEKAT
- Gunakan roux panas
untuk stok atau cecair sejuk
-
Gunakan
roux sejuk bagi stok atau cecair
panas
|
5. SOS HOLLANDAISE
- Di
dalam penyediaan sos hollandaise anda
perlu memastikan haba yang dikeluarkan oleh
air panas tidak terlalu panas bagi
mengelakkan telur tersebut menjadi berketul-ketul.
- Alihkan sebentar mangkuk
adunan sekiranya haba panas terlalu tinggi
No comments:
Post a Comment