NOTA EGGS COOKERY

Telur banyak digunakan di dalam menyediakan hidangan makanan. Selain dari menjadi bahan utama di dalam sesuatu resepi, telur juga berfungsi sebagai agen pemekat, emulsifying agent dan lain-lain. Hidangan telur banyak disajikan di dalam American Breakfast seperti boiled egg, poached egg, scrambled egg dan omelet.

JENIS-JENIS TELUR MENGIKUT GRED (USDA)


SAIZ

BERAT

Jumbo

70 gm

Extra Large

63 gm

Large

56 gm

Medium

49 gm

Small

42 gm

Peewee

35 gm

PEMILIHAN TELUR
  • Pilih telur yang baru 
  • Kulit telur yang bersih, bentuk yang elok dan kesat 
  • Telur yang baru adalah berat manakala telur lama ringan kerana kehilangan cecair akibat sejatan 
  • Apabila dihala ke cahaya yang terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lama akan kelihatan tompok hitam
  • Telur tidak berkocak apabila digoncang 

PENYIMPANAN TELUR
  • Simpan di dalam peti sejuk dingin (chiller) pada suhu 2°
  • Hendaklah diasingkan telur lama dan baru bagi menjaga kualiti dari segi rasa dan bau
  • Jangan menyimpan pada suhu bilik kerana cecair akan berkurangan akibat sejatan
  • Telur hendaklah digunakan di dalam tempoh seminggu daripada tarikh pembelian

No comments: