SOFT BUN




Bahan A
374 gm tepung roti ( tepung high protein )
76 gm gula kastor
6 gm garam
6 gm yis kering  (segera)                                                                              
5 gm bread softner
6 gm susu tepung

Bahan B
160 gm air sejuk (air batu)
½ biji telur –gred B                                                                                         

Bahan C
70 gm mentega                                                                                                

Kaedah penyediaan: 
  1. Campurkan ke semua Bahan A dan putar dengan menggunakan pemutar berbentuk  ‘hook’  selama 3 minit dengan kelajuan 1.
  2. Kemudian masukkan Bahan B dan putar selama 3 minit dengan kelajuan 1 juga.  
  3. Selepas itu, masukkan Bahan C dan putar selama 3 minit dengan kelajuan 1 dan kemudian tukar kepada kelajuan 2. Putar selama 20 minit. (Doh yang cukup di uli, dohnya tidak koyak apabila ditarik). 
  4. Rehatkan selama 30 minit dalam mangkuk, tutup dengan kain maslin lembap. 
  5. Keluarkan udara dengan menumbuk doh tadi. Timbang pada berat yang sesuai digunakan untuk membentuk roti yang dikehendaki (±40 gm – bentuk bulat). 
  6. Sapu sedikit mentega pada dulang pembakar. Kemudian susun doh yang telah dibentuk tadi dengan jarak 2 inci setiap satu bagi mengelakkan ianya melekat di antara satu sama lain.
  7. Masukkan dulang pembakar ke dalam bread proofer selama lebih kurang 30 minit. 
  8. Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama  25 – 30 minit. 
  9. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan sedikit mentega di atas bun dengan menggunakan berus pastri supaya bun kelihatan berkilat.

No comments: