Bahan-bahan
Isi Ketam 200 gm
Jejari Ketam 50gm
Tepung 3 tbsp
Susu 2 tbsp
Krim 2 tbsp
Cendawan butang (cincang) 4 nos
Bawang (cincang) ½ nos
Bawang putih (cincang) 1 nos
Jus Lemon 1 tbsp
Serbuk Roti 3 tbsp
Keju Cheddar 3 tbsp
Garam secubit
Lada sulah secubit
Cara Penyediaan
- Asingkan cengkerang ketam dari isinya kemudian basuh sehingga bersih.
- Bakar cengkerang selama 5 minit pada suhu 180 ℃ ( sehingga menjadi warna merah )
- Jejari Ketam potong dadu.
- Masukkan isi ketam, jejari ketam, tepung, susu dan krim ke dalam food processor. Kisar sampai lumat.
- Saute bawang, bawang putih, jejari ketam dan cendawan butang sehingga naik bau.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masukkan sedikit perahan jus lemon.
- Masak sehingga separuh masak.
- Masukkan inti tadi kedalam cengkerang dan taburkan serbuk roti dan keju.
- Bakar dalam oven pada suhu 180 ℃ selama 5 – 8 minit.
- Untuk hiasan letak sedikit ketulan mentega, parmesan parut , serbuk paprika dan parsley cincang di atas isi ketam.
No comments:
Post a Comment