NOTA BREAKFAST

PENGENALAN

Sarapan pagi merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu. Pengetahuan mengenai sarapan pagi adalah merangkumi pelbagai perkara termasuklah pengetahuan berkaitan daging, ikan, kentang, telur, bijirin, produk pastri, buah-buahan dan minuman. Sarapan pagi menjadi penting kerana ianya merupakan hidangan pertama yang perlu diambil bagi memulakan hari di dalam kehidupan.  Waktu yang sesuai untuk sarapan pagi adalah di antara pukul 8.00 pagi hingga 10 pagi.

KEBAIKAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI

Terdapat banyak kebaikan di dalam mengambil hidangan sarapan pagi. Di antaranya ialah:
  1. Keperluan nutrisi
  2. Menambah tenaga
  3. Perlu untuk memulakan kerja
  4. Meransangkan organ dalaman untuk bergerak

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI

Di antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan hidangan sarapan pagi adalah seperti:
  1.  Makanan yang dihidangkan adalah dari bahan-bahan yang segar
  2. Bahan-bahan makanan yang disediakan mengandungi zat yang tinggi
  3. Adalah elok jika makanan tersebut mengandungi serat bagi membekalkan tenaga
  4. Gabungan warna yang menarik pada hidangan bagi menaikkan selera
  5. Hidangan perlulah mempunyai minuman panas dan sejuk (seperti jus buah-buahan)

SUMBER PROTEIN DI DALAM HIDANGAN SARAPAN PAGI

Sumber protein amat penting di dalam penyediaan hidangan sarapan pagi untuk memberikan tenaga. Di antara contoh-contoh makanan yang mengandungi sumber protein yang sesuai disajikan di dalam hidangan sarapan pagi adalah seperti:
  1. Daging
  2. Ayam
  3. Telur
  4. Keju
  5. Susu
  6. Air Soya

JENIS-JENIS SARAPAN PAGI

(a) Continental Breakfast

Continental Breakfast merupakan hidangan sarapan pagi yang berasal dari Eropah dan ianya mengandungi hidangan yang ringan seperti pastri, buah-buahan, roti bakar dan minuman seperti kopi, teh dan jus buah-buahan.

 (b) American Breakfast

Hidangan American Breakfast  biasanya mengandungi hidangan yang berat serta mempunyai pelbagai hidangan panas dan sejuk berbanding dengan Continental Breakfast. Hidangan sarapan pagi ini kebiasaannya mengandungi bubur, bijirin, meat item seperti sausage dan bacon, pelbagai jenis telur seperti omelets, sunny side-up, over easy dan scrammbled egg, pelbagai jenis roti dan minuman panas seperti kopi dan teh serta minuman sejuk seperti jus buah-buahan.







(source; Modul Kolej Komuniti KPTM)

No comments: